Al-kisah ada seorang businessman yang kaya raya bernama
Hj.Teepo. Apa saja nama bisnes atas muka bumi ini, dia ada.
Sayang, kekayaan Hj.Teepo adalah sebahagian besar hasil
penipuan dan putar alamnya dalam bisnes. Sahamnya berpuluh
juta, hasil penipuan. Tanah ribu hektar,pun hasil tipu. Wang
beratus juta juga, tipu punya hasil.
Puas isterinya memberikan kaunseling agar Hj.Teepo berhenti
menipu, namun tak dihiraukannya. Kerana makan terlalu banyak
dan mewah, dinner tiap-tiap malam (orang belanja of course),
exercise tarak, satu hari Hj.Teepo disahkan oleh doktor
mengidapi penyakit barah dan disahkan akan padam dalam masa
sebulan.
Maka teramatlah hiba hati Hj.Teepo nak meninggalkan dunia ini,
tambah pula mengenangkan segala aktivitinya selama ini.
Maka dipanggillah anak isterinya untuk berwasiat. kain yang
dah buruk, koyak pun tak apa, buat kain kapan aku. Aku dah 3
banyak merasa kemewahan didunia ini. Biarlah kain buruk yang
ku bawa ke akhirat," jelas Hj.Teepo dengan genangan air mata.
"Kenapa begitu bang?" tanya isterinya. "Saja aku nak merasa
pakai kain buruk pula," jawabnya lagi. Isterinya terdiam, tapi
hatinya berbisik, "Syukurlah, walau dah agak terlambat, ada
juga kesedaran dan keinsafan dihati suamiku."
Maka tempoh sebulan cuma tinggal 24 jam lagi. Dengan wajah
sugul, Hj.Teepo berbaring dikamarnya. Kain putih yang dah
lusuh dan terkoyak sana sini telah siap disediakan. Untuk
terakhir kali, siisteri menghampiri Hj.Teepo. "Bang", bisiknya
perlahan. "Buat kali terakhir sebelum abang meninggalkan kami,
berilah tahu kenapa abang nak dikapankan dengan kain yang
dah buruk. Sedih saya melihat keadaan kain itu bang. Apakah
abang telah insaf dan bertaubat dengan perbuatan abang selama
ini?"
Hj.Teepo merenung isterinya lama-lama dan bersuara, "Baiklah,
mari rapat kepadaku" isteri Hj.Teepo terus menghampiri
suaminya. Dengan nada yang sedih Hj.Teepo bersuara, "Yang, you
pun tahu,terlalu banyak dosa yang I lakukan selama ini. Berapa
amai orang yang dah I kelentong. Jadi cukuplah kemewahan
yang I rasakan. Biarlah I dikebumikan dengan kain buruk saja."
Isterinya masih ragu-ragu. "Apakah abang fikir dosa-dosa abang
boleh diampunkan dengan berkain kapan yang buruk begitu?"
tanyanya lagi.
"Bukan begitu Yang. Kalaulah abang pakai kain kapan yang
buruk, nanti Malaikat Mungkar dan Nakir fikir abang dah lama
mati. Mereka juga akan fikir abang dah kena soal. Taklah nanti
mereka soal abang lagi. Jadi selamatlah abang...."
"Astaghfirullah hal 'aziiiiiiiiiim" isteri Hj.Teepo terus
terlentang kerana terkejut berok dengan penjelasan suaminya.
P/S: Mati pun nak kelentong. Nak kelentong Malaikat pulak tu..... Ambik le iktibar....
Wednesday, January 16, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)


No comments:
Post a Comment