Thursday, December 27, 2007

Samy Vellu Menyelesaikan Masaalah AP


Dalam sidang parlimen yg lepas Datuk Seri S. Samy Vellu yg juga Presiden MIC telah berjaya menyelesaikan kemelut isu AP antara bekas PM Tun Dr. Mahathir dengan Menteri MITI Datuk Seri Rafidah Aziz. Idea beliau sangat bernas dengan memasukkan fakta persaudaraan dan persefahaman. Berikut adalah kenyataan beliau yang telah diringkaskan.

"Tuan yg Dipertua, Selaku menteri kabinet, ali Barisan Nasyenel dan Presiden YemAiSi...
saya teylah berbincangkan wissyu AP ini dalam mesyuarat YemAiSi yang lipas dingan sepanjang lebarnya. Akhirnya YemAiSi dengan sebulat-bulatnya suara tilah mencadangkan kepada Yangamaberomat Pedana mentri supayye wisyu wini disilisaikan dingan simangat pesefaman dan persodaran yang kekal antara Rafidah sama TuMahadey.

Ini idea tilahpun lama diterimapakey woleh suummmmmmmmmma ali-ali YemAiSi termaso ali kuluarga saya sindirri. Maka dingan ini YemAiSi dengan amat paling bangganya kasi wumumkan yang kami dari YemAisi mencadangkan supaya dengan tanpa silu-segannya Menteri MITI misti mau kasi guna ini nama mula dari sekarang... RAFIDAH A/P MAHATHIR."

Samy Vellu jadik Astronaut...??


Samy Vellu jadi Astronaut...??

Samy Vellu ditemuramah tentang program angkasawan negara.

Samy: "...Bagi saya, ini semua adalah satu pembaziran atas duit rakyat.Kita sepatutnya tidak hantar mereka ke bulan, tapi hantar mereka pergimatahari. Barulah USA, Russia, respect sama kita...."

Penemuramah: Tapi Dato' Seri, matahari kan panas. Macam mana mau pergisana?

Samy: Cit! itu pasal la u tara jadi mintri(menteri). Saya suda lebey 30 tahun jadi mintri, saya musti ada jalan penyelesaian. Kita jangan pergi siang,manyak panas. kita pigi malam, baru ada sujuuuuuk......

CERITA PASAL POLIS


Kisah Benar ini ada kemengena dgn orang yg Hidup dan yg Mati.

(Betul punya story, Tarak tipu punya)

Sebelum menjadi Mintiri Kirjaraya, sy tinggal di sebuah apartment
(lokasi di rahsiakan atas alasan keselamatan)

pada masa itu boleh dikatakan tiap2 hari ada saja kes pecah rumah dan
curi CD kereta.

semua penghuni2 appartment merasa sangat takut hanya menunggu masa
rumah mereka akan menjadi sasaran Pencuri seterusnya.

pada suatu malam tinggal lah seorang Nenek yg baru sampai dari kampung
menumpang tidor di rumah Cucu tersebut dengan di temani Pembantu Rumah.
secara kebetulan Cucu sulung dengan Isterinya berkerja, outstation pula tu.

pada malam itu juga secara kebutulan juga rumahnya menjadi sasaran
di ketuk tetamu tanpa di undang itu.

Nenek dan Pembantu Rumah punya lah takut hingga "kecut perut" sambil
teringat akan pesanan cucunya sebelum pergi siang tadi
"Jgn Membuka Pintu Kalau Ada Orang Ketuk"

selang berberapa minit pintunya di ketuk lagi seolah2 ketukan kali ini di sangkanya
ketukan oleh jiran2 atau tetamu yg di undang.

kali ini Nenek cuba menghampiri pintu dan bertanya siapa dia??
tanpa berjawab.

pintu di ketuk lagi..

Nenek bertanya lagi...siapa dia tu!!!

kali ini pertanyaan Nenek di jawab dengan suara yg agak perlahan: "POLI**"

Nenek bertanya lagi "siapa?" tak dengar la!!

di jawab lagi: "POLIS*"

kerana keupayaan batri Telinga Nenek yg dah lama tak tukar,
Nenek meninggikan suaranya dan bertanya lagi "SIAPA TUU??" cakap kuat sikit,
Nenek Kurang dengar la...

pertanyaan Nenek di sahut dengan suara yg agak tegas:
"KAMI POLISI"

JIKA PERISTIWA INI BERLAKU PADA DIRI ANDA
APAKAH YG PERLU ANDA AKAN LAKUKAN???

Lawak Sin Chan dan Cikgu Hylda


Ini kes benar, soal jawab antara murid dan guru di melaka.
Murid bernama Sin Chan dan guru tersebut bernama Cikgu Hylda.

Guru : Kenapa awak lambat?
Sin Chan: Kerana sebuah papan tanda.
Guru: Papan tanda mana ?
Sin Chan: Yang ada tulisan, "Sekolah di hadapan, jalan pelahan."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, Macam mana awak eja perkataan "BUAYA"?
Sin Chan: "B-O-O-W-A-Y-A"
Guru: Bukan, Salah tu.

 Sin Chan: Mungkin itu salah , tapi Cikgu tanya
saya macam mana saya mengeja nya, itu lah yang saya eja !

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Apakah formula untuk air?
Sin Chan: "HIJKLMNO"!!
Guru: Apa yang awak cakap tu?
Sin Chan: Kankelmarin Cikgu kata H to O!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Pergi ke Peta Dunia tu, cari dan tunjuk mana Amerika Utara.
Sin Chan: Di sini Cikgu, Sin Chan menunjukkan tepat kat Peta dunia yang
tergantung kat hadapan kelas!
Guru: Betul. Sekarang, Kelas, Beritahu saya siapa yang jumpa Amerika Utara?
Kelas: Sin Chan Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-

Guru: Sin Chan, beritahu satu perkara penting yang kita tak ada 10
tahun dulu.
Sin Chan: Saya Cikgu!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Bagaimana kita boleh mengelak penyakait yang di sebabkan oleh
gigitan serangga?
Sin Chan: Jangan kena gigit serangga.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-**-*-*-*-*

Guru: "Boleh tak sesiapa beritahu saya perkara yang kamu tahu berlaku
secara kebetulan?"
Sin Chan: "Cikgu, Ibu dan Bapa saya berkahwin pada hari yang sama,
pada masa yang sama dan juga pada waktu yang sama."

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, aneh sunggud stokin yang awak pakai ni, satu warna hijau berbintik hitam
dan satu lagi berwarna merah berbintik biru. !
Sin Chan: Ya betul Cikgu, memang nampak aneh, saya pun hairan kerana terdapat
sepasang lagi dengan warna yang sama kat rumah .

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sekarang, Sin Chan, Sebetulnya beritahu saya dengan jujur adakah
awak berdoa sebelum makan?
Sin Chan: Tidak Cikgu , Saya tak perlu buat begitu , kerana saya tahu
ibu saya adalah seorang tukang masak yang bagus.

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru : Mana lebih panas, matahari ke bulan?
Sin Chan: Bulan cikgu.
Guru: ( panik) Kenapa kamu kata bulan lebih panas ?
Sin Chan: Ari tu semasa kakak saya menangis,
saya dengar emak dan ayah saya cakap pasal bulan.
Tiba-tiba tukang kebun kami terus lari.
Sampai sekarang dia tak datang kerja !"

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Sin Chan, Karangan awak "Anjing saya" adalah sama seperti yang di
karang oleh Adik awak Adakah awak meniru kerja dia?
Sin Chan: Tidak Cikgu, ia hanyalah anjing yang sama!

*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*-*

Guru: Siapakah orang yang kita panggil yang tak henti henti bercakap
tetapi orang tak berminat nak dengar?
Sin Chan: Seorang Guru, Cikgu!

Cikgu Hylda terkebil-kebil matanya mendengar jawapan tersebut.

Karam Singh Walia Interview Pakcik SAM


Ada sebuah cerita menceritakan tentang seorang pengembala kambing bernama Pak Cik SAM...
pada suatu hari ada seorang wartawan Alam Sekitar dari TV 3 bernama "Karam Singh Walia"
ingin men"interview" pengembala kambing ini..untuk melaporkan untuk bulitin TV 3.

bermulalah ceritanya begini"~

wartawan : alloo!! pakcik SAM..!

pakcik SAM : oh...aallooo!!..dengan nada selamba dan sentiasa mengukir senyuman.

wartawan : saya nie worang dari TV 3... nak interbiew pakcik nie...

pakcik SAM : yoko?? pasa apo tuu???

wartawan : pasal kambing kambing pakcik lah..

pakcik SAM : yo ko!!...ekau tanyo jo lah...pakcik pon tongah boring jugak ni..

wartawan : ha...baguslah tuu...nie nak tanya ni...kambing kambing nie pak cik bagi makan apa setiap hari???

pakcik SAM : yang mana satu??? yang itam ker yang putih..tanya pakcik SAM relek aje..

wartawan dengan muka pelik menjawab: aahhh...ahh...yang itam tuu..jawab wartawan..

pakcik SAM : oh..pakcik bagi makan nasik sojuk jo...dengan selamba menjawab~

wartawan : yang putih??!

pakcik SAM : SAMO lah... makan nasik sojuk jugak...

wartawan : oh.. (muka pelik) camne dengan air? minum air baper banyak??!

pakcik SAM : yang mana satu?? yang itam ker yang putih??

wartawan : ahh ahh ahh...yang putih tuu..

pakcik SAM : oh..dalam duo gelen air lah jugak...!

wartawan : yang itam??

pakcik SAM :SAMO lah ... duo gelen air lah jugak..!!

wartawan : (dah mula hangin satu badan, cuba berfikir!! nak cuba, try test kalau boleh nak mengenakan pakcik tu pulak ) bagaimana dengan berak??

pakcik SAM : yang mana satu?? yang itam ker yang putih??

wartawan : yang PUTIH!!!

pakcik SAM : yang putih tuu...berak agak banyak jugak lah...

wartawan: yeker?? yang HITAM???

pakcik SAM : SAMO lah... agak banyak jugak lah...

wartawan : (lagi bertambah bengang) abih tuh!!! aper yang dibeza beza kan...??
saya tanya kambing itam dengan putih sama jer...
aper perbezaan nyer yang SEBENAR BENARNYER!!!!

pakcik SAM : ohh....apolah ekau nie...kambing itam tu sebonarnye pakcik yang punyo..!!!

wartawan: (muka dah paham sambil tersenyum) oh...ohhh..habis tu kambing putih saper yang punyer??

pakcik SAM dengan selamba: SAMO lah jugak .....pakcik punyer jugak..

wartawan : (berlari lari anak sambil menjerit dan menangis nangis!!)

sekian

"MAJULAH TOL UNTUK NEGARA"

LAWAK UNTA


Seorang jemaah haji dari Indonesia teringin benar nak belajar tunggang unta ketika di tanah suci.
Pak Arab yg jaga unta tu kata, mudah saja.
Wak naik dibelakangnya, bila mau jalan, ucap saja "alhamdulillah...
" Bila mau berhenti, ucaplah "aaamiiiiinnn".

Wak pun setuju. Sebaik saja naik dibelakang unta, Wak pun ucapkan"alhamdulillahhhh...
" Dan unta pun mula berjalan perlahan-lahan.
Apabila sudah terasa seronoknya, Wak terus mengucapkan "alhamdulillah" berkali-kali
dengan nada yang semakin riang dan pantas sehingga unta terus berlari deras.

Tau-tau wak menyedari ada gaung yang dalam sudah dekat dihadapan.
Dalam cemas, dia segera teringat pesan PakArab, lalu mengucapkan "Amin! Amin!Amin!
"berulang kali seperti menekan emergency brake pada kereta dengan harapan unta itu berhenti sebelum tiba ke tebing.

Akhirnya unta itu berhenti betul-betul di tebing gaung.
Dengan nada yang sungguh lega dan dengan penuh kesyukuran, sambil mengurut dadanya,
Wak segera mengucapkan "alhamdulillahhhhhhh......."

Cuba teka...apa jadi lepas tu??

Anak Kerbau Ke Lembu

Seorang guru bahasa inggeris sedang menyoal Abu.

Guru: If the young of a pig called piglet, what is the young of a bull called?

Abu: A bullet

KESIAN

Anak : Ibu tadi ada seorang pelajar jatuh dari kerusi.

Ibu: Jadi?

Anak: Semua orang gelak, kecuali saya.

Ibu: Awak anak yg baik.
[Ibu mencium dahi anak nya]

Anak: Ibu nak tahu siapa yg jatuh tu?

Ibu: Siapa?

Anak: Sayalah.

Lawak Jejak Rasul

Cerita krew TV3


Ini cerita krew TV3 untuk episod jejak rasul.
Tiba di satu perkampungan di selatan Yaman, kereta pacuan 4 roda mereka tiba-tiba mati. Sebabnya minyak habis.
Oleh kerana pada waktu itu jurubahasa tak ada, maka cakap arab pun ikut yang ingat aje.

Beberapa orang kampung pun datang nak tolong. Seorang krew TV3 berkata sambil menepuk bonet kereta
"Engine - Innalillahhiwainalillahiroji'un".

Seorang lagi krew TV3 berkata sambil menunjuk lubang tangki minyak
" Petrol - Sodaqallah hul azim".

Pening semua pak Arab tu dan berkata...adeyyy!!!! chiitttt!!!!
busuk pnya worang.......ammaakkk

Perasaan Pakcik Jer

Salah sebuah sekolah menengah dari Kemaman membuat rombongan sambil belajar ke Putrajaya.

Di dalam perjalanan tersebut berlakulah satu insiden apabila salah seorang dari murid-murid yang mengikuti rombongan itu terasa terlalu sakit perut hendak buang air besar. Mahu tidak mahu terpaksalah murid tadi memberi tahu pemandu bas tersebut supaya berhenti agar dapat dia melepaskan hajatnya itu.

"Pak Cik boleh tolong berhenti tak kerana saya tak tahan nak buang air besar ni..." pinta murid itu terketar-ketar sambil menggosok-gosok perutnya.

"Nak buang air besar.....? Hishhh.., perasaan awak sahaja tu!!" sahut pemandu itu selamba. Sebenarnya pemandu tu malas nak berhenti dan memang sudah menjadi tabiat dia susah untuk bersimpati pada orang lain.

"Betul Pak Cik..., saya memang betul-betul sakit perut ni" rayu murid itu.

"Tak ada apa-apanya, itu semua hanyalah perasaan awak sahaja, percayalah kata Pak Cik" balas pemandu itu tersengeh-sengeh l antas menepuk-nepuk bahu murid itu.

"Tolonglah Pak Cik....." rayu murid itu terus.

"Beginilah..., awak duduklah belakang kerusi Pak Cik ni sebentar dan nanti awak tidak akan terasa lagi hendak buang air tu....."

Dengan muka yang berkerut-kerut terpaksalah murid itu menurut kata pemandu tadi. Pemandu itu pun meneruskan perjalanan. Dalam lima minit kemudian pemandu tadi tiba-tiba terhidu sesuatu yang tidak menyenangkan. Makin lama semakin kuat baunya. Lantas pemandu tadi berpaling ke belakang dan bertanya murid tadi.

"Eh..., awak berak ke? Busuknya...???"

Murid itu pula dengan selamba menjawab. " Hisshhh..., Mana ada. Itu perasaan Pak Cik saja.., saya tak bau apa-apa pun....!!!""

PERBUALAN ABG SAM DGN ABG DO

SAM: Kenapa kamu cakap minum susu segar boleh bawa maut?

DOL: Sebab semalam semasa aku tengah minum,lembu tu terajang aku. Nasib baik
tak mati.

===================================

SAM: Apasal ko marah kat tokey kedai 2 Ringgit tu?

DOL: Sebab dia tipu. Aku beli 3 barang dia mintak 6 ringgit. Kata kedai 2
Ringgit

===================================

SAM: Kau kata binatang peliharaan kau mati lemas? Mana kau tau dia mati
lemas?

DOL: Sebab aku bela ikan emas. aku jumpa ia mati dalam air!

===================================

SAM: Semalam aku nampak hantu!

DOL: Uih! kau terkejut tak?

SAM: Taklah.... hantu tu yang terkejut tengok aku.

DOL: Mana kau tahu?

SAM: Aku tengok muka dia pucat semacam jer....

===================================

SAM: Apasal kopi yang kau buat ni rasa masin?

DOL: Gula dah habis!

SAM: Yang kau pergi campur garam apasal?

DOL: Kan aku kata, sebab gula dah habislah

===================================

SAM: Aku tengok kau beberapa hari ini "candle light dinner" dengan bini kau,
mesti dia suka.

DOL: Dia marahlah. Aku lupa nak bayar bil elektrik, api rumah aku dah kena
potong!

===================================

SAM: Aku ada AIDS? mana ada...

DOL: Aku baca 1 dari 10 orang kat Negara ni ada aids. Aku dah tanya 9 orang,
semua tak ada aids, kau orang ke 10, tak payah tanya, aku dah tahu...

===================================

SAM: Dol, aku dengar bunyi batuk kau makin teruk!

DOL: Iya ke? kalau macamni aku kena banyak berlatih agar dapat batuk dengan
lebih baik lagi.

===================================

SAM: Dah dua kali perompak yang sama datang merompak kedai kita.

DOL: Tu lah aku dah cakap kat kau, jangan pasang signboard "SILA DATANG
LAGI"

Mentua Kelantan vs Menantu Terengganu

Menantu Terengganu : Mok...! kalu mok gi kedaa! tolong beli 'ketang' 4 kilo...! nanti kito bayar...

Mentua Kelantan : Bereehhh...

Selepas Mentua pulang dari kedai....

Menantu Terengganu : Looo...! bak po mok beli 'ubi ketang'(ubi kentang) banyok-banyok nih...!

Mentua Kelantan : Tadi mu kato beli kete (ubi kentang)! pah tu kete mano pulakkk...!

Menantu Terengganu : Bukang ubi kentang! Kito suruh beli 'ketang'! Hok ada sepit(ketam)...

Keretapi Mel Malam

Seorang pemuda sedang dalam perjalanannya kembali ke Kuala Lumpur dengan menaiki keretapi Mel-malam. Antara penumpang yang ramai ada seorang tua yang duduk disebelahya.

Setelah lama berdiam diri, sambil menguap si pemuda bertanya kepada orang tua tersebut, " Pakcik, pukul berapa sekarang?"Sebuah pertanyaan yang biasa, yang kadangkala kita tujukan kepada sesiapapun kan? Dan selalunya kita akan mendapat jawapan. Namun kali ini sungguh diluar dugaan, orang tua tadi berdiam diri sahaja. Mungkin orang tua ini kurang pendengaran, berkata pemuda tersebut di dalam hati. Dia mengulanginya sampai 3 kali. Namun orang tua itu tetap berdiam diri tanpa sebarang riak dari wajahnya.

Pemuda tersebut mencuit orang tua tersebut dan berkata, "Saya hairan mengapa pakcik tidak menjawap pertanyaan saya? Salahkah saya bertanya? Orang tua itu menoleh sambil berkata, "Bukannya saya tidak mahu menjawap,tapi nanti kalau saya jawap, kita pasti akan bersoal jawap mengenai soal ini soal itu, dan akhirnya kita akan bertambah mesra."

Si pemuda termangu mendengar ceramah orang tua itu. Terus dia bertanya lagi, "Lalu apa salahnya kalau kita menjadi lebih mesra?" Orang tua itu berkata lagi, "Apabila kita bertambah mesra ketika anak gadis dan isteri saya menjemput saya di Kuala Lumpur, nanti kita akan turun sama-sama.Dan saya pasti mengenalkan mereka kepada kamu."

Si pemuda itu tambah bingung dan tidak tentu arah."Jadi?" tanyanya lagi."Isteri saya orangnya baik sekali kepada semua orang, takut nanti dia mempelawa anda ke rumah. Nanti kamu akan mandi dan berehat di rumah saya, dan juga akan kami jamu di rumah saya. Setelah itu kamu boleh menjadi rapat dengan anak gadis saya dan kamu akan menjadi teman lelaki anak saya. Lama-lama kamu akan menjadi menantu saya," katanya lagi. Si pemuda yang tadi sudah bingung sekarang semakin bingung.Terus dia bertanya, "Pakcik, apakah hubungannya semua ini dengan pertanyaan saya yang pertama?

Sambil berdiri orang tua tersebut menjawap dengan lantang, "Masalahnya?, SAYA TIDAK MAHU MEMPUNYAI MENANTU SEPERTI KAMU. JAM TANGAN PON TAKDERRR!! CIKAI BETUL!!"

- Moral Cerita: Pakailah jam tangan sebelum menaiki keretapi mel-malam ke Kuala Lumpur, kalau hendak beristeri "

Nenek oh nenek

Abu (nama samaran) bagitau tunang dier Siti (juga nama samaran) teringin nak jumpa
nenek Siti. Satu hari, Siti berkesempatan memperkenalkan Sam kepada neneknya.

Sambil duduk menunggu, Abu mengunyah kacang hazelnut sampai abis semangkuk.
Nenek Siti keluar lalu Abu bersalam dengan sopan santunnya sambil berkata,

"Maaflah nek, abis semangkuk hazelnut tu saya makan tadi."

Dengan selamba ala salesman budak-budak pakai tie jual calculator, nenek Siti berkata,
"Takpe, Siti memang suka sangat bawakan nenek coklat kacang hazelnut ni.
Gigi nenek takde dah, jadi nenek isap je la coklatnya. Kacangnya nenek tinggalkan kat mangkuk tu."

Paling Bersih

Sepasang suami istri merayakan ulang tahun perkahwinannya dengan makan malam di sebuah restoran. Ketika mereka hendak meninggalkan restoran tersebut, mereka ditanya oleh pemilik restoran yang berdiri di pintu.

Pemilik : "Bagaimana perasaan Anda terhadap hidangan dan layanan kami?"

Lelaki : "Ada satu perkara yang boleh saya katakan.. Anda memiliki dapur yang paling bersih di bandar ini."

Pemilik : "Dapur yang paling bersih?... Anda kan tidak pergi ke dapur. Bagaimana Anda boleh tahu yang dapur kamilah yang paling bersih?"

Lelaki : "Sebab.. Semua makanan yang kami makan berbau sabun."

Sakit jiwa

Seorang lelaki sakit mental menganggap dirinya adalah jagung dan terlalu takut dengan ayam. Jika ternampak haiwan itu, dia akan lari lintang pukang kerana menyangka ayam akan memakannya. Akhirnya, lelaki itu dimasukkan ke rumah sakit jiwa. Setelah beberapa bulan, doktor pun melakukan ujian ke atas lelaki itu bagi mengenal pasti apakah dia telah pulih ataupun tidak.

Doktor : Adakah kamu tahu siapa diri kamu sekarang?
Lelaki : Ya doktor.
Doktor : Siapa kamu sebenarnya.
Lelaki : Saya ini manusia doktor.
Doktor : Ya ke? Bukan jagung?
Lelaki : Bukan, saya manusia doktor.
Doktor : Kamu takut dengan ayam?
Lelaki : Tidak doktor.
Doktor : Hmm..bagus. Nampaknya kamu dah sembuh.
Lelaki : Tapi doktor, saya ada satu pertanyaan.
Doktor : Apa dia?
Lelaki : Ayam tahu tak yang saya ni dah berubah jadi manusia.
Doktor : "??$$??"

kartunis

Seorang kartunis yang tak dapat menyiapkan karyanya menjelang ' date line'
sedang memberi alasan kepada ketuanya.

" kenapa kamu masih belum siapkan 'kartun bodo' kamu lagi,
'date line' pukul tiga petang ni. " tengking ketuanya.

"saya dah siapkannya bos.."

"kalau dah siap berikan kat saya sekarang"

"tak boleh bos"

"kenapa ? " tanya ketuanya dengan hairan.

" malam tadi pencuri masuk rumah saya , habis semua 'IDEA'
yang saya simpan dalam kepala otak saya yang kelakar ni dia curi.
Bila bangun pagi tadi abis semua kosong 'IDEA' dalam kepala otak ni".

Lawyer

kisah di KL nia adalah seorang lawyer yang sangat mashur, kaya dan terkenal akan kebakhilannya...

Dipendekkan cerita, sakitlah lawyer nie....sakitnya tiada ubat. Bermacam macam telah diikhtiarkannya....Hospital berpuluh puluh, dukun beratus ratus..sakitnya tidak kurang, malah bertambah serius.

Dengan nada berputus asa diapun bernazar dan berdoa "sekiranya aku sihat seperti sediakala, akan ku jual bungalow ku ini dan duitnya akan ku sedekahkan semuanya pada anak yatim"

Dipendekkan cerita nie...tanpa diduga sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya...dan teringatlah dia akan nazar dan janjinya sewaktu dia sakit dulu.

Tapi... " kalau aku jual bungalow ini...aku nak tinggal dimana?", "kalau ku sedekahkan kesemua duit penjualan rumah nie..."£$^&**%^&*...susah?. Berhari hari dia memikirkannya, apa yang patut dia buat.

Dipendekkan lagi cerita nie...pada suatu hari datanglah orang ramai berduyun duyun kerumahnya setelah membaca iklan penjualan bungalownya dengan harga yang begitu murah...RM50,000-00.

Seorang demi seorang berjumpa dengannya...semuanya balik ngan seribu pertanyaan.

Dipendek-pendekkan lagi cerita nie...semua orang yang datang semuanya tidak jadi membeli bungalownya...kerana pembelian bungalownya dengan harga RM50,000-00 ada syaratnya. Pembeli yang berminat itu juga hendaklah dalam masa yang sama membeli almari antiknya dengan harga RM1.5 juta....

==> Kalau terjuallah bungalownya seperti apa yang dirancang :-

1. Berapa banyak lawyer tu akan sedekahkan pada anak yatim?

2. Berapa banyak lawyer itu akan dapat?

P/S Walaupun pandai mana sekalipun kita ini...jangan sesekali cuba nak menipu tuhan.

Permohonan anda ditolak

Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Budin untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Budin menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Budin melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.

Budin : "Kamu memohon sebagai apa?"

Calon 1 : "Sekretari"

Budin : "Kamu merasa cantik ke tak?"

Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"

Budin : "Permohonan Kamu tidak diterima."

Calon 1 : "Sebabnya?"

Budin : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok..."

Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"

Budin : "Makin lah saya tidak terima."

Calon 1 : "kenapa pulak ?"

Budin : "Buat sakit mata aje"

Calon berikutnya...

Budin : " Kamu ada pakwe?"

Calon 2 : "Ada.."

Budin : "Di mana?"

Calon 2 : "Di luar negeri."

Budin : "Permohonan Kamu tidak diterima."

Calon 2 : "Alasannya?"

Budin : "Nanti kamu hanya bermain telefon dengan pakwe.. dan bil melambung"

Calon 2 : "tapi Minggu depan pakwe saya sudah pulang."

Budni : "Makin lah saya tidak terima."

Calon 2 : "Alasannya?"

Budin : "Laa.. nanti kamu selalu ponteng untuk berjumpa pakwe kamu.

CERITA PAK PANDIR

Nak dijadikan cerita, suatu hari pak pandir melalui satu lorong yang kecik semasa hendak pulang ke rumahnye. Entah macamana, di tengah perjalanannye tadi dia terjumpe seketul taik yang masih panas. Tapi dia masih konpius sama ada betul ke bende yang dia jumpe tu seketul taik. Oleh kerana kemusykilan yang teramat sangat tu, pak pandir ambil keputusan untuk mengkaji sampel najis berkenaan.

Pak pandir tengok ngan lebih dekat taik tersebut, lalu dia berkata,
"Bentuk macam taik."

Lepas tu dia pegang pulak taik tu, lalu dia berkata,
"Lembik...macam taik."

Lepas tu dia ambik sikit taik tu lalu dia hidu taik tu, lepas tu dia berkata,
"Bau macam taik."

Oleh kerana pak pandir ni masih ragu-ragu dengan taik tu lalu dia pun mengambil keptusan untuk mejilat sedikit taik tersebut. Sebaik sahaja dia menjilat taik berkenaan dia pun menjerit...
"MEMANG TAIK! NASIB BAIK AKU TAK TERPIJAK!!!"

Rawatan Kecemasan

Seorang wanita menolong seorang mangsa kemalangan di tengah kerumunan orang ramai. Tiba-tiba seorang lelaki menghampirinya dan berkata dengan kasar...
"Puan ketepi...! Biar saya yang buat... saya baru saja tamat kursus rawatan cemas!"

Wanita itu ketepi dan memandang lelaki melakukan tugasnya... Jelas lelaki itu belum begitu mahir... Lalu...dengan tenang wanita itu berkata.

"Kalau akhirnya saudara memerlukan seorang doktor, saya ada di sini."

Jelingan ayah...

Kisah ini benar-benar terjadi padaku sewaktu aku kanak-kanak dahulu.
Ayah aku suka memberi amaran padaku dengan menjeling garang jika aku
membuat sesuatu yang tidak disukainya. Contohnya, jika ke kedai,kalau aku
mengambil gula-gula, dia akan menjeling padaku bermakna aku disuruh letakkan
semula gula-gula itu ke tempatnya semula.

Suatu hari,aku mengikut ayah ke surau untuk solat maghrib.Ketika sedang
rukuk, aku melihat kain pelikat tok imam tersepit di celah punggungnya.
Aku yang 'konon'nya ingin membantu,terus menarik kain yang tersepit itu.
Ayahku yang sedang solat terus memberi jelingannya padaku. Aku pun faham
maksudnya itu,lalu terus memasukkan semula kain pelikat tok imam itu
semula ke celah punggung tok imam tadi. Apalagi,melatah lah tok imam tadi.
Habis satu jemaah batal solat mereka kerana turut terkejut dengan latahan
tok imam tadi. Ayahku yang bermuka merah padam menahan malu dan marah
mengheret aku balik ke rumah. Malam tu, berbirat punggung aku dirotannya.

Kisah Kasih Suami Pada Isteri

Pak Mat adalah seorang penduduk sebuah pondok di Selatan Thailand.
Pada pertengahan bulan Mei yang lalu isterinya yang bernama Maznah telah
meninggal dunia kerana diserang penyakit jantung.

Pak Mat yang berusia menjangkau empat puluhan telah diperhatikan oleh
jiran-jirannya agak luar biasa iaitu beliau telah pergi ke kubur
isterinya sebanyak tiga kali sehari. Pak Mat pergi pada waktu pagi,
tengah hari dan petang untuk menyiram kubur isterinya lebih dari dua
minggu secara berterusan. Ada setengah dari jiran dan penduduk tempatan
beranggapan Pak Mat begitu cintakan isterinya.

Seorang saudaranya yang terdekat telah berkata, "Awak ni terlalu sangat
cintakan isteri sehingga sanggup berbuat demikian, yang mana tak ada
siapa lagi di kampung ini buat begitu." Pak Mat menjawab, "sebenarnya
sebelum Maznah hendak menghembuskan nafas yang terakhirnya, beliau
telah berpesan kepada saya, kalau hendak kahwin pun tunggulah sehingga
rumput di kuburnya tumbuh dahulu."

" Oleh yang demikian saya terpaksa siram kuburnya supaya rumput cepat tumbuh......"

Saturday, December 22, 2007

Samy Vellu

Samy Vellu new image