Thursday, December 27, 2007

CERITA PASAL POLIS


Kisah Benar ini ada kemengena dgn orang yg Hidup dan yg Mati.

(Betul punya story, Tarak tipu punya)

Sebelum menjadi Mintiri Kirjaraya, sy tinggal di sebuah apartment
(lokasi di rahsiakan atas alasan keselamatan)

pada masa itu boleh dikatakan tiap2 hari ada saja kes pecah rumah dan
curi CD kereta.

semua penghuni2 appartment merasa sangat takut hanya menunggu masa
rumah mereka akan menjadi sasaran Pencuri seterusnya.

pada suatu malam tinggal lah seorang Nenek yg baru sampai dari kampung
menumpang tidor di rumah Cucu tersebut dengan di temani Pembantu Rumah.
secara kebetulan Cucu sulung dengan Isterinya berkerja, outstation pula tu.

pada malam itu juga secara kebutulan juga rumahnya menjadi sasaran
di ketuk tetamu tanpa di undang itu.

Nenek dan Pembantu Rumah punya lah takut hingga "kecut perut" sambil
teringat akan pesanan cucunya sebelum pergi siang tadi
"Jgn Membuka Pintu Kalau Ada Orang Ketuk"

selang berberapa minit pintunya di ketuk lagi seolah2 ketukan kali ini di sangkanya
ketukan oleh jiran2 atau tetamu yg di undang.

kali ini Nenek cuba menghampiri pintu dan bertanya siapa dia??
tanpa berjawab.

pintu di ketuk lagi..

Nenek bertanya lagi...siapa dia tu!!!

kali ini pertanyaan Nenek di jawab dengan suara yg agak perlahan: "POLI**"

Nenek bertanya lagi "siapa?" tak dengar la!!

di jawab lagi: "POLIS*"

kerana keupayaan batri Telinga Nenek yg dah lama tak tukar,
Nenek meninggikan suaranya dan bertanya lagi "SIAPA TUU??" cakap kuat sikit,
Nenek Kurang dengar la...

pertanyaan Nenek di sahut dengan suara yg agak tegas:
"KAMI POLISI"

JIKA PERISTIWA INI BERLAKU PADA DIRI ANDA
APAKAH YG PERLU ANDA AKAN LAKUKAN???

No comments: