Thursday, December 27, 2007

Lawyer

kisah di KL nia adalah seorang lawyer yang sangat mashur, kaya dan terkenal akan kebakhilannya...

Dipendekkan cerita, sakitlah lawyer nie....sakitnya tiada ubat. Bermacam macam telah diikhtiarkannya....Hospital berpuluh puluh, dukun beratus ratus..sakitnya tidak kurang, malah bertambah serius.

Dengan nada berputus asa diapun bernazar dan berdoa "sekiranya aku sihat seperti sediakala, akan ku jual bungalow ku ini dan duitnya akan ku sedekahkan semuanya pada anak yatim"

Dipendekkan cerita nie...tanpa diduga sembuhlah dia dari penyakit yang dihidapinya...dan teringatlah dia akan nazar dan janjinya sewaktu dia sakit dulu.

Tapi... " kalau aku jual bungalow ini...aku nak tinggal dimana?", "kalau ku sedekahkan kesemua duit penjualan rumah nie..."£$^&**%^&*...susah?. Berhari hari dia memikirkannya, apa yang patut dia buat.

Dipendekkan lagi cerita nie...pada suatu hari datanglah orang ramai berduyun duyun kerumahnya setelah membaca iklan penjualan bungalownya dengan harga yang begitu murah...RM50,000-00.

Seorang demi seorang berjumpa dengannya...semuanya balik ngan seribu pertanyaan.

Dipendek-pendekkan lagi cerita nie...semua orang yang datang semuanya tidak jadi membeli bungalownya...kerana pembelian bungalownya dengan harga RM50,000-00 ada syaratnya. Pembeli yang berminat itu juga hendaklah dalam masa yang sama membeli almari antiknya dengan harga RM1.5 juta....

==> Kalau terjuallah bungalownya seperti apa yang dirancang :-

1. Berapa banyak lawyer tu akan sedekahkan pada anak yatim?

2. Berapa banyak lawyer itu akan dapat?

P/S Walaupun pandai mana sekalipun kita ini...jangan sesekali cuba nak menipu tuhan.

No comments: